Jumat, 31 Januari 2014

Tafsir Mimpi Rambut

ANDA sering bermimpi "Rambut" Mari ketahui tafsirannya.

Berikut ini adalah tafsir mimpi / erti mimpi / makna mimpi mengenai "Rambut":



* Bermimpi rambut beruban (memutih). Bermakna, akan panjang umur.


* Bermimpi berambut merah. Bermakna, perasaan hati tidak senang @ akan susah hati.

* Bermimpi rambut putus dan tercabut. Bermakna, akan mengalami kesedihan atau kesusahan.


* Bermimpi berambut panjang. Bermakna, akan gembira dan panjang umur.


* Bermimpi rambut menutupi mata. Bermakna, akan dicela orang.


* Bermimpi melihat rambut palsu. Bermakna, akan dikhianati teman baik.


* Bermimpi rambut tiba-tiba menjadi lebat. Bermakna, akan memperoleh kegembiraan dan  jika sudah berkahwin segera akan memiliki anak.


* Bermimpi memiliki rambut hitam lebat. Bermakna, akan memperoleh kesehatan yang baik.


* Bermimpi potong rambut atau bercukur. Bermakna, ada saudara atau keluarga yang terganggu kesehatannya (sakit) atau akan bercerai.


* Bermimpi memotong rambut orang lain. Artinya, akan memperoleh keuntungan dengan dari biaya orang lain.


* Bermimpi rambut digunting / dipotong orang. Bermakna, akan berpisah dengan kekasih.


* Bermimpi menyisir rambut. Bermakna, kesengsaraan atau kesulitan akan segera berubah.


* Bermimpi mengepang rambut. Bermakna, persahabatan yang retak akan pulih kembali.


*Bermimpi melihat rambut tumbuh di tangan. Ini pertanda kurang baik, harus berhati-hati.


* Bermimpi melihat rambut keriting. Bermakna, akan memperoleh kebahagiaan dalam percintaan.


*Bermimpi ditemui seseorang yang berambut ikal dan belum dikenal. Bermakna, akan mendapatkan berita bohong.


* Bermimpi mewarnai rambut sendiri. Bermakna, ada harapan baik dalam usaha.


*Bermimpi mewarnai rambut orang lain. Bermakna, akan memperjuangkan sesuatu namun sia-sia.


* Bermimpi mencuci rambut atau meramas rambut. Bermakna, akan mendapatkan gangguan dalam hidup.

ReadFull Article ..

Rabu, 29 Januari 2014

Olympus Mons Gunung Terbesar di Tatasurya

Olympus Mons, adalah gunung terbesar planet Mars yang juga merupakan gunung terbesar di tatasurya (Solar System) kita. Gunung ini menjulang dengan tinggi mencapai 27 km dan memiliki diameter 550 km. Pada bagian kakinya, Olympus Mons di kelilingi oleh tebing terjal dengan ketinggian minimum 6 km. Pada bagian puncaknya, gunung ini memiliki kawah berdiameter 85 km.





Anda bisa menumpukkan tiga buah Mount Everest, titik tertinggi di bumi, dan gunung ini masih lebih tinggi dari tumpukan itu.



Gunung berdiameter terbesar di bumi adalah pegunungan Mauna Loa (Hawai) yang memiliki diameter sepanjang 120 km. Bandingkan dengan diameter Olympus Mons (550 km).

ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Mayat Mustafa Kamal Attartuk Tidak Diterima Bumi


Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Wallahualam. Benar ataupun tidak....sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini.
ReadFull Article ..